Thursday, July 2, 2009

Berkelah Ke Tanjung Balau

Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Caw. RPP1 dengan kerjasama Jiran Muda KRT RPP1 telah mengadakan rombongan ke Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 27 Jun 2009. Seramai 30 orang terdiri dari anak - anak muda berumur 10 hingga 18 tahun terdiri dari anggota Kelab Kompang dan Tarian Kebudayaan RPP1 dibantu oleh 6 orang dewasa menyertai rombongan ini. Para peserta berkumpul di Pusat Komuniti RPP1 dan bertolak ke Tanjung Balau pada jam 8.30 pagi. Aktiviti yang dijalankan berbentuk pertandingan sukaneka seperti aktiviti tiup belon paling besar, cari gula dalam tepung, pulau ku dan sebagainya. Selain itu juga dijalankan aktiviti kembara Xplore di sepanjang pantai Tanjung Balau. Turut hadir melawat ialah Pengerusi KRT RPP1 En. Sabran dan Setiausahanya En. Khairul Fahmi. Para peserta bertolak pulang dan selamat kembali ke Pasir Gudang.

Aktiviti sukaneka mencari gula dalam tepung

Aktiviti reka pakaian seragam

Aktiviti lain dalam sukaneka ini

Seronoknya mandi

Gelagat peserta selepas sukaneka

No comments: