Thursday, August 6, 2009

Pada Ahad 2 Ogos 2009, KRT RPP1 telah menghantar 3 orang ke Bengkel e-Rukun Tetangga (e-RT) siri ke 10 yang merupakan projek perintis anjuran Jabatan Pepaduan dan Integerasi Nasional (JPNIN) bersama Universiti Utara Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel M-Suit Johor Bahru. Bengkel ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan tentang sistem maklumat berpusat yang komprehensif berpandukan ICT untuk Kawasan Rukun Tetangga bagi meningkatkan pengurusan, pemantauan dan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada semua pihak yang berkenaan. Majlis penutup disempurnakan olen Y.Bhg En. Ho Khek Hua, Timbalan Pengarah JPNIN. Turut hadir ialah Tn. Hj. Abu Hurairah bin Othman, Pengarah JPNIN Negeri Johor. Sistem pengurusan maklumat Rukun Tetangga atau dikenali sebagai e-Rukun mula diilhamkan oleh Dato` Maximus Johnity Ongkili yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada awal 2007.

Wakil KRT RPP1 Bendahari En. Satar, Setiausaha En. Fahmi
dan Pengerusi En. Sabran

VVIP yang hadir

Antara peserta Bengkel dari KRT terpilih dalam JB

En. Sabran, Pengerusi KRT RPP1 menerima sumbangan komputer
dari En. Ho Khek Hua, Pengarah JPNIN

No comments: