Bersyukur akhirnya setelah setengah tahun menunggu akhirnya permohonan SRS bagi KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah diluluskan oleh pihak Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional pada 8 Jun 2009 bersama dengan KRT Rumah Pangsa Taman Mawar. Ini bermakna dengan rasminya rondaan SRS yang dijalankan sejak tarikh diluluskan. Rondaan SRS telah dipohon sejak Disember 2008 dan atas inisiatif penduduk telah menjalankan rondaan SRS sejak Febuari 2009. Sekurang - kurangnya memberi sedikit pengalaman dan cara untuk mnjalankan tugas serta persediaan sebelum tugasan rondaan SRS sebenar diluluskan. Rondaan yang dijalankan sekarang ini masih sama dimana kawasan rondaan dipecahkan kepada 3 zon merangkumi blok 1 hingga 24 (Blok SEDC, Lam Soon, LPJ dan KTMB), Kebayan Sena, Masjid Tmn Air Biru, Sekolah Kebangsaan dan Agama Pasir Gudang 1. Terima kasih diucapkan kepada JPNIN dan Pejabat Perpaduan daerah JB.
Laporan Kewangan JKKKP 2015
8 years ago
No comments:
Post a Comment