Monday, June 14, 2010

Program Sumbangan "Mesra Rakyat" KEMAS Parlimen Pasir Gudang

Pada Jumaat 11 Jun 2010, KEMAS Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Tadika KEMAS MMHE dan UMNO/KRT RPP1 telah mengadakan program penghantaran rumah - kerumah sumbangan diatas yang diadakan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Bakti dan Perjiranan 10. Seramai 14 orang yang terdiri dari KEMAS Parlimen Pasir Gudang dan wakil UMNO/KRT RPP1 mengikuti rombongan penghantaran sumbangan kepada Ibu tunggal, keluarga kurang mampu dan OKU berupa beras, gula, minyak, tepung dan barang - barang keperluan dapur yang lain.

Hadir bersama bagi menyampaikan sumbangan ialah Tn. Hj. Sehabudin bin Ali, Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang. Para rombongan berkumpul di Tadika KEMAS MMHE dan bergerak ke Pusat Komuniti RPP1 sebelum memulakan penghantaran. Program ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.


Semasa di Tadika KEMAS MMHE bersama Tn. Hj. Sehabudin

Rombongan penghantaran sumbangan sedang bergerak
dari rumah ke rumah penerima sumbangan

Antara penerima sumbangan dari KEMAS

Penyerahan sumbangan keperluan dapur oleh Tn. Hj. Sehabudin
Setiausaha UMNO Pasir Gudang

Penyampaian cenderahati oleh wakil dari KEMAS kepada
Tn. Hj. Sehabudin diiringi oleh En. Sabran Pengerusi KRT RPP1

No comments: