Saturday, June 5, 2010

Lawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang Ke KRT Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada hari Khamis 3 Jun 2010, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tn. Hj. A. Rahim bin Nin mengadakan lawatanya ke kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi meninjau kawasan - kawasan perumahan dalam Zon Taman Air Biru 2. YDP MPPG tiba di Pusat Komuniti RPP1 pada jam 4.30 petang disambut oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon TAB 2, En. Sabran Awang Pengerusi JKP Zon TAB 2 yang juga Pengerusi KRT RPP1. Turut hadir ialah En. Zainal Setiausaha MPPG dan beberapa Pegawai Kanan MPPG.

Antara isu yang terdapat dalam zon TAB 2 yang dikemukan kepada YDP berkenaan masalah perparitan serta longkang yang pecah dan tersumbat, masalah blok terbiar di Blok 21, masalah kontraktor pembersihan dan sebagainya. YDP juga telah melawat kawasan tapak bagi cadangan pembinaan dewan terbuka untuk masyarakat serta padang futsal Rumah Pangsa Peringkat 1. Antara kawasan lain yang dilawati oleh YDP ialah di Perumahan Perjiranan 10 dan Perumahan 69. Lawatan ini berakhir jam 6.15 petang.

Di ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua MPPG Tn Hj. A. Rahim bin Nin kerana sudi melawat ke kawasan kami.

Ketibaan Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, YDP MPPG disambut oleh
En. Sabapathy
Ahli Majlis MPPG Zon TAB 2

YDP MPPG sedang memerhati carta organisasi di Bilik Komuniti RPP1

YDP bersama En. Sabran, En. Sabapathy dan Pegawai - Pegawai
lain sedang berbincang dan melihat keadaan

Ketika sedang meninjau padang futsal Rumah pangsa Peringkat 1

Ketika di kawasan Perumahan 69

Meninjau keadaan isu pembersihan oleh pihak kontrator

YDP MPPG sempat beramah mesra dengan penduduk

No comments: