Tuesday, May 25, 2010

Program YADIM Bersama Masyarakat Pasir Gudang

Pada Sabtu 22 Mei 2010, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor dan Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan program diatas yang diadakan di Dewan Kuliah Masjid Jamek Taman Air Biru. Seramai lebih 60 orang peserta terdiri dari wakil - wakil masjid dan surau sekitar kawasan Parlimen Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Aziz Jamaludin bin Md Tahir, Yang Dipertua YADIM. Turut hadir ialah Tn. Hj. Maskob Pengerusi Jawatankuasa Pengerak Masjid dan Surau Parlimen Pasir Gudang, En. Sabran Awang Pengerusi KRT RPP1, Tn. Hj. Mohd Aroff, Imam Masjid Taman Air Biru dan beberapa pegawai dari KEMAS, Kolej Komuniti dan lain - lain.

Turut diserikan lagi dengan ceramah agama bertajuk "Memartabatkan Ummah dan Memperkasakan Pembangunan Ekonomi" yang disampaikan khas oleh Y.Bhg Dato' Hj. Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor. Selain program diatas beberapa bengkel kemahiran dijalankan seperti teknik membuat kuih, cincau, nasi beriani dan sebagainya yang dijalankan oleh Jab. Pertanian, Kolej Komuniti dan JKM. Juga diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma dari Pejabat Kesihatan daerah Johor bahru. Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.


Pusat Pemeriksaan Kesihatan dan pameran

Antara peserta yang hadir dalam program ini

Y.Bhg Dato' Nooh bin Gadot sedang menyampaiankan
ceramahnya


En. Sabran bersama Tn. Hj. Maskob (tengah) sedang mendengar
ceramah

No comments: