Tuesday, May 18, 2010

Gotong Royong Sekolah & Kegiatan COMBI Ke 4

Pada Sabtu 15 Mei 2010 bersempena dengan Hari Guru, PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan dan bilik darjah serta mengeratkan kerjasama antara guru dan murid - murid sekolah berkenaan yang diadakan di sekolah tersebut. Turut hadir ialah beberapa orang AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 termasuk En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga Timbalan YDP PIBG sekolah tersebut.

Selain gotong royong pihak penganjur juga mengadakan pertandingan melukis poster sempena Hari Guru untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1. Program gotong royong ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


En. Sabran bergambar bersama murid SKPG 1

Suasana keadaan gotong royong di sekolah berkenaan

Anggota PIBG juga turut membantu menceriakan sekolah

Murid - murid sedang membersihkan bilik darjah

Sedikit taklimat berkenaan pertandingan

Pertandingan melukis poster Hari Guru sedang berjalan

No comments: