Tuesday, May 11, 2010

Kempen Sampah Sifar Dan Kegiatan COMBI ke 3

Pada Ahad 9 Mei 2010, Pasukan DeVIT Zon Tmn Air Biru 2 telah membantu menjayakan kempen diatas anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan Sek. Agama Pasir Gudang 1 dan Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang diadakan di Sekolah Agama Pasir Gudang 1. Program ini dirasmikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi JKP MPPG Zon Taman Air Biru 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat dari wakil Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkenaan nyamuk Aides dan bahaya demam Denggi.

Selain itu juga diadakan pameran bagi memberi pengenalan dan pengetahuan kepada murid - murid tentang nyamuk Aides, kitaran hidupnya dan mengenali serta membasmi tempat pembiakanya. Selepas taklimat dijalankan gotong royong bagi membersihakan dan menceriakan sekolah tersebut. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Antara murid sekolah agama yang hadir

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah JB memberikan
taklimatnya

Pelajar sedang menanam bunga untuk keceriaan

Sebahagian pelajar sedang bergotong royong

Pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah JB
memberi info kepada pelajar

No comments: