Monday, May 17, 2010

Mesyuarat Program KRT Zon Pasir Gudang

Pada Rabu 12 Mei 2010, KRT RPP1 telah menghantar seramai 4 orang ke mesyuarat diatas yang diadakan di Bangunan KEMAS Perjiranan 9. Seramai 20 orang anggota KRT yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dari KRT - KRT seluruh Pasir Gudang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zulkifli, Pegawai Penyelaras KRT bagi Zon Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Perpaduan dan Intergarsi Nasional Negeri Johor yang memberi taklimat berkenaan dengan kawasan - kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang bermasalah "Hot Spot" dan mengalakan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di KRT - KRT dalam Kawasan Pasir Gudang. Selain itu juga membincangkan program - program yang akan dilaksanakan dalam tahun 2010 ini.

En. Zul sedang mempengerusikan mesyuarat

Wakil dari JPNIN Johor sedang memberi taklimat

Antara anggota KRT yang hadir

No comments: