Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, KRT RPP1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke kawasan KRT RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan Jawatankuasa dan anggota SRS KRT RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari KRT RPP1

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Sunday, August 29, 2010

Program Sumbangan Hari Raya KRT Zon Pasir Gudang

Pada Sabtu 28 Ogos 2010, Jawatankuasa KRT Zon Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan program diatas yang diadakan di Bilik Gerakan Umno Taman Nusa Damai. Seramai 60 orang telah menerima sumbangan dari Titan Chemical Pasir Gudang yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Hj Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JPNIN Johor En Mansor Bin Hasim dan En Rozaidi Bin Hj Ikhwan - Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru. Diantaranya seramai 5 orang yang terdiri dari ibu tunggal dalam kawasan KRT RPP1 dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.

Photobucket
Antara VIP yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin

Photobucket
Antara tetamu dan penerima sumbangan

Photobucket
Antara penerima sumbangan yang disampaikan oleh
YB. Dato' Seri

Photobucket
Wakil dari Titan Petchem turut memberi sumbangan

Saturday, August 28, 2010

Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Di Taman Komuniti

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa AJK KRT RPP1 dan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1 bersama - sama menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran dan penduduk sedang berehat sebentar

Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
Semasa menghias pintu masuk taman

Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan

Friday, August 27, 2010

Majlis Sumbangan Anak Yatim Dan Balu Polis Serta Majlis Berbuka Puasa IPD Seri Alam & Nusajaya

Pada Rabu 25 Ogos 2010, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dijemput ke Majlis diatas yang diadakan di Masjid Jamek Al Istiqamah Johor Jaya, Johor Bahru. Seramai lebih 500 orang yang terdiri dari kakitangan Polis dari balai - balai Polis kawasan IPD Seri Alam dan Nusajaya, Jawatankuasa "Community Policing", Pemimpin - pemimpin masyarakat dan penduduk. Hadir di Majlis ini ialah YDH. SAC Dato' Haji Jalaluddin bin Abd Rahman - Ketua Polis IPK Johor dan YDH. DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Shariff - Tim. Ketua Polis IPK Johor serta Ketua Polis Daerah Seri Alam dan Nusajaya.

Program bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah serta jamuan berbuka puasa. Selepas itu diadakan Majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada anak-anak yatim dan balu polis (Ibu Tunggal) yang disampaikan olen Ketua Polis Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor. Ia pula dususuli dengan solat terawih berjemaah serta diadakan jamuan moreh diakhir program ini.

Photobucket
Para Tetamu sedang mengambil juadah berbuka

Photobucket
Suasana gembira anak - anak yatim yang diraikan

Photobucket
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Polis IPK Johor
kepada anak - anak yatim

Photobucket
Sumbangan kepada Balu Polis

Photobucket
Para tetamu sedang menunggu Solat Isyak dan Terawih

Tuesday, August 10, 2010

Pertandingan Bowling Jiran Muda KRT RPP1


Pada Sabtu 7 Ogos 2010, KRT RPP1 bersama dengan Echo Rovers Crew mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mengikuti pertandingan ini. Turut hadir bersama - sama menyertai pertandingan ialah En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT RPP1.

Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Pengerusi Biro Belia & sukan Zon Air Biru 2 mewakili En. Sabapathy - Pengerusi Zon merangkap Ahli Majlis Zon Air Biru 2.

Peserta masing - masing menunggu giliran
untuk lemparan bowling

Aksi lemparan salah seorang peserta

Pilih bola yang terbaik
En. Norhazli - Pengerusi Biro Belia & Sukan juga menyertai

Penyampaian hadiah oleh En. Norhazli - Pengerusi
Biro Belia & Sukan Zon Air Biru 2

Monday, August 9, 2010

Lawatan Timb. Ketua Polis Balai Pasir Gudang Ke Pos SRS RPP1

Pada pagi Ahad 8 Ogos 2010, Pos SRS KRT RPP1 menerima kunjungan lawatan Timbalan Ketua Polis Balai Pasir Gudang En. Esa bin Mesurun bersama dengan 2 orang anggota yang lain. Ini merupakan kali ke 2 beliau hadir ke pos ini. Seramai 9 orang anggota SRS KRT RPP1 yang bertugas pada malam tersebut menyambut kehadiran beliau.

Photobucket
En. Esa bin Mesurun bersama dengan L/Kpl Abd Aziz
sedang berbual dengan salah seorang anggota SRS RPP1

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Pada hari Selasa 3 Ogos 2010, KRT RPP1 menerima kunjungan lawatan dari Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tn. Hj. Abd Rahman bin Mohamed dan beberapa Ahli Majlis MPPG disambut oleh En. Sabran Awang - Pengerusi KRT RPP1 dan En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT RPP1 bagi meninjau persekitaran dalam Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis bagi Zon Air Biru 2. Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Kebayan Sena, Perumahan serta kedai di Perjiranan 10, Kebayan Timah dan Kebayan Perak.

Ketika sedang meninjau Kebayan Timah

En. Sabapathy bersama Tn. Hj. Abd Rahman melawat gudang
di Kebayan Perak

En. Sabapthy sedang menemurah salah seorang
peniaga kedai di Perjiranan 10

Bergambar bersama Ketua WHIP di Kebayan Sena

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Penyediaan Dan Edaran Bubur Lambuk

Sebahagian peserta bengkel bubur lambuk

Pada 1 Ogos 2010, Jawatankuasa Peti Undi Sek. Keb. Pasir Gudang 3 dengan kerjasama KRT dan UMNO Caw. Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan program diatas sempena untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Seramai lebih 30 orang peserta hadir membantu sambil mempelajari teknik cara memasak bubur lambuk. Hadir bersama ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG 3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang dan Tn. Hj. Baharudin bin Latif - Pegawai Khas YB Dato' Seri Khaled Nordin.

Program bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat penerangan bagi penyediaan bubur lambuk oleh Pn. Asimah Jusoh diikuti dengan amali dimana semua peserta bersama - sama bergotong royong memasak dan menyiapkan bubur lambuk tersebut. Pada jam 3.00 petang para peserta mula mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutama pengundi - pengundi dari SKPG3 di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini berakhir jam 5.00 petang.

Pn. Asimah (Memakai apron) sedang memberi tunjuk ajar
kepada peserta

Tn. Hj. Rahim juga turut bersama bergotong royong
menyiapkan bubur lambuk

Ketika sedang membungkus bubur lambuk yang telah
siap dimasak untuk edaran kepada orang ramai

En. Sabran - Pengerusi KRT RPP1 bersama
dengan Tn. Hj. A. Rahim dan Tn. Hj. Baharudin

Selain edaran ke rumah, peserta juga mengedarkan
bubur lambuk kepada penguna jalanraya

Lawatan En. Bahrim Ke Pos Kawalan SRS Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada pagi 1 Ogos 2010, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 menerima kunjungan lawatan En. Bahrim bin Othman - Pegawai Skim Rondaan Sukarela (SRS) Jabatan Perpaduan Intergrasi Nasional Negeri Johor (JPNINJ) diiringi oleh En. Ali Jaudin bin Mukhibat - Setiausaha JK. Penyelaras KRT Zon Pasir Gudang di Pos Kawalan SRS di Pusat Komuniti RPP1. Kehadiran beliau berdua disambut oleh En. Sabran Awang - Pengerusi KRT RPP1 dan En. Abd Satar Ahmad - Bendahari KRT RPP1 merangkap Ketua SRS.

En. Sabran bersama dengan En. Bahrim sedang
berbincang

Ketika menyemak buku laporan SRS

En. Bahrim bersama dengan anggota SRS yang hadir
bergambar beramai - ramai

Monday, August 2, 2010

Ceramah Kesedaran Denggi Bersama JK Penduduk Pasir Gudang

Pada Sabtu 31 Julai 2010, DeVIT dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah menghantar seramai 3 orang ke program diatas anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai hampir 100 orang yang terdiri dari Pengerusi dan AJK Penduduk dalam Zon MPPG, Ketua - ketua dan ahli DeVIT serta wakil - wakil dari persatuan NGO hadir dalam ceramah ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Dr. Sharom dan Pn. Siti Salina binti Sayuti dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawap pemimpin masyarakat dalam menagani nyamuk Aides dan wabak demam denggi serta memberi taklimat tentang situasi dan kedaan semasa wabak denggi yang kini sedang melanda Pasir Gudang khasnya dan Negeri Johor amnya. Program bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Antara pameran dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor

VVIP dalam Program Ceramah Kesedaran Denggi

Sessi soal jawap dipengerusikan olen Tn. Hj. A. Rahim bin Nin
Yang Dipertua MPPG

Barisan Ahli Majlis MPPG dan wakil - wakil penduduk

Salah seorang wakil penduduk sedang bertanya soalan
berkenaan nyamuk Aides