Tuesday, August 10, 2010

Pertandingan Bowling Jiran Muda KRT RPP1


Pada Sabtu 7 Ogos 2010, KRT RPP1 bersama dengan Echo Rovers Crew mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mengikuti pertandingan ini. Turut hadir bersama - sama menyertai pertandingan ialah En. Khairul Fahmi - Setiausaha KRT RPP1.

Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Pengerusi Biro Belia & sukan Zon Air Biru 2 mewakili En. Sabapathy - Pengerusi Zon merangkap Ahli Majlis Zon Air Biru 2.

Peserta masing - masing menunggu giliran
untuk lemparan bowling

Aksi lemparan salah seorang peserta

Pilih bola yang terbaik
En. Norhazli - Pengerusi Biro Belia & Sukan juga menyertai

Penyampaian hadiah oleh En. Norhazli - Pengerusi
Biro Belia & Sukan Zon Air Biru 2

No comments: