Pada Sabtu 31 Julai 2010, DeVIT dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah menghantar seramai 3 orang ke program diatas anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai hampir 100 orang yang terdiri dari Pengerusi dan AJK Penduduk dalam Zon MPPG, Ketua - ketua dan ahli DeVIT serta wakil - wakil dari persatuan NGO hadir dalam ceramah ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Dr. Sharom dan Pn. Siti Salina binti Sayuti dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawap pemimpin masyarakat dalam menagani nyamuk Aides dan wabak demam denggi serta memberi taklimat tentang situasi dan kedaan semasa wabak denggi yang kini sedang melanda Pasir Gudang khasnya dan Negeri Johor amnya. Program bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.
Salah seorang wakil penduduk sedang bertanya soalan
berkenaan nyamuk Aides
berkenaan nyamuk Aides
No comments:
Post a Comment