Tuesday, October 11, 2011

Kem Sukan MILO " Play More Learn More "

Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Setiausaha Sulit YB Ahli Parlimen Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG. Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.

Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. KRT RPP1 telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan bola sepak dan 1 pasukan bola jaring dimana salah satu pasukan bola sepak KRT RPP1 telah mendapat tempat ke empat dalam pertandingan bola sepak. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Pengerusi KRT RPP1.

Photobucket
Semasa pendaftaran

Photobucket
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah
bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam
klinik bola

Photobucket
Pertandingan bola jaring

Photobucket
Pertandingan bola sepak

Photobucket
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini

Photobucket
Antara pegawai sukan dari KRT yang membantu
menjayakan kem sukan ini

No comments: