Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, KRT RPP1 dan DeVIT Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.
Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.
Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB
Ketika bergerak dari blok ke blok
Aktiviti kutip sampah
Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung
Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing
Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong
Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru
No comments:
Post a Comment