Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, KRT RPP1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke kawasan KRT RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan Jawatankuasa dan anggota SRS KRT RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

1 comment:

Amran said...

Salam Aidil Fitri, saya bagi pihak Gerakan Belia 4B Pasir Gudang ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh jawatankuasa KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 air biru, kami mohon ampun dan maaf kiranya ada yang tersalah bicara dan tuturkata kami. Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinga kepada barisan KRT RPP1 yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada program terjah sahur kami pd bulan ramadhan yang lalu. saya harapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Wassalam. khlas daripada Amran Arsat Pengerusi Gerakan Belia 4B Kaw Pasir Gudang