Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.
Pada Sabtu 17 Disember 2011, KRT RPP1 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai 40 orang hadir terdiri dari pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan Tn. Hj. Abdullah Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana.
Taklimat di sampaikan oleh En. Foong, Pengurus Keselamatan Titan Chemicals yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta hadir juga wakil pegawai dari Kesihatan daerah pasir Gudang dan Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru. taklimat di diberi bertujuan untuk memberi pendedahan dan info berkenaan perjalanan operasi bagi kilang Titan serta tindakan keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang.
Antara pemimpin masyarakat yang hadir
Wakil dari Jabatan Alam Sekitar sedang memberi taklimatnya
Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, KRT RPP1 dan DeVIT Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.
Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.
Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat Kesihatan Daerah JB
Ketika bergerak dari blok ke blok
Aktiviti kutip sampah
Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat pembasmi di tempat air yang bertakung
Antara penduduk yang sedang membersihkan kawasan blok masing - masing
Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong
Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru
Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Setiausaha Sulit YB Ahli Parlimen Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG. Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.
Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. KRT RPP1 telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan bola sepak dan 1 pasukan bola jaring dimana salah satu pasukan bola sepak KRT RPP1 telah mendapat tempat ke empat dalam pertandingan bola sepak. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Pengerusi KRT RPP1.
Semasa pendaftaran
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam klinik bola
Pertandingan bola jaring
Pertandingan bola sepak
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini
Antara pegawai sukan dari KRT yang membantu menjayakan kem sukan ini
Pada malam minggu 8 Oktober 2011. Pos SRS di Pusat Komuniti RPP1 telah menerima lawatan Pen. Pegawai Perpaduan Daerah JB En. Nizam bin Abd Karim. Lawatan ini diadakan bagi beramah mesra dengan anggota SRS RPP1 serta saling mengenali antara satu sama lain. Seramai 9 orang anggota SRS yang bertugas pada malam tersebut hadir bersama - sama menyambut En. Nizam.
Pada Sabtu 10 September 2011, Kawasan Rukun Tetangga RPP1 bersama dengan JKP MPPG Zon Air Biru 2 dan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti RPP1. Program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Kemerdekaan. Turut juga diadakan majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah dalam kawasan Zon Air Biru 2 yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.
Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang.
Ucapan perasmian oleh YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang
Antara bakal - bakal haji & hajjah serta jemputan yang hadir dalam majlis ini
Penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji oleh YB Datuk M. Munusamy
Penyampaian kepada bakal - bakal hajjah
Para tetamu penduduk sedang menjamu selera sambil beramah mesra
Jiran Wanita KRT RPP1 yang menjadi tulang belakang menjayakan majlis ini.
Pada hari Ahad 21 Ogos 2011, KRT & DeVIT RPP1 bersama JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan program Jom Moreh & Penyampaian Sumbangan Kebajikan oleh Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Program ini dihadiri oleh Tn. Hj Abd. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Turut hadir ialah En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Taman Air Biru. dalam program yang ringkas ini diadakan penyampaian bantuan sumbangan berupa beras dan keperluan dapur kepada ibu tunggal, OKU, anak yatim dan pesakit kronik. Selepas itu diadakan jamuan moreh dimana berbagai juadah disediakan.
Kehadiran penerima sumbangan
Ucapan oleh Tn. Hj. Rahim Latif bagi mewakili
YB Dato Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Rahim
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Sabran
Pengerusi KRT RPP1
Orang dapur dan sedang sibuk menyediakan juadah untuk moreh
Pada Ahad 7 Ogos 2011 bersempena dengan bulan Ramadhan ini KRT RPP1 bersama dengan Jiran Wanita KRT RPP1 dan DeVIT RPP1 mengadakan program diatas yang diadakan hadapan blok 13 SEDC Flat (hadapan rumah Pengerusi Jiran Wanita). Seramai 10 orang terlibat bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1
turut hadir ialah Tn. Hj. Sabran bin Awang Pengerusi KRT RPP1 yang juga Pengerusi DeVIT RPP1. Edaran bubur lambuk dibuat di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2.
Bubur lambuk yang hampir siap
Bergotong royong mengacau bubur lambuk
Sebahagian bubur lambuk yang sudah dibungkus tinggal kerana sangat laris